Wednesday, March 16, 2011

Kenali Ammar Zahar dan Pendapatan melalui Click Bank

Seorang lagi usahawan internet yang terus menjadi sebutan pada tahun 2011 ini adalah saudara Ammar Zahar..

Beliau popular dengan produk yang sedang hangat di pasaran pada ketika ini iaitu Click Bank Mania..
Click Bank Mania merupakan satu perkongsian hebat daripada beliau tentang bagaimana beliau boleh menjana pendapatan sampingan melalui laman web ClickBank.com..

Click Bank merupakan sebuah laman web yang menjadi tumpuan ramai usahawan internet untuk memasarkan produk mereka.. Kebanyakan produk yang dijual di laman web ClickBank.com adalah dalam Bahasa Inggeris. Saya rasa mungkin lebih mudah nak menjual produk berunsurkan pengetahuan kepada "Mat Salleh" disebabkan mereka gemar membeli apa sahaja perkara yang mereka minati... ;)

Terdapat beberapa buah video yang dikongsikan oleh Saudara Ammar Zahar dalam laman web Click Bank Mania sebagai panduan buat para pengunjung.. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laman web beliau, anda boleh klik di sini

Syabas diucapkan kepada Saudara Ammar Zahar kerana berjaya mendapat jualan yang memberangsangkan di ClickBank.com.. Dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan anda kepada semua pengguna internet..


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Betul ke Boleh buat duit dengan Adwords?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini saya ada menerima email daripada seorang usahawan internet iaitu saudara Shamsuriyadi yang menceritakan tentang kisah kejayaan beliau menjana pendapatan di internet dengan Adwords.

Bagi sesiapa yang biasa memasarkan perniagaan di internet, saya rasa Adwords bukan suatu perkara yang asing bagi mereka.. Tetapi bagi yang baru nak mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet seperti saya, Adwords mungkin perkara yang agak baru bagi kita.

Saya mula mengetahui cara menjana pendapatan atau menarik trafik melalui Adwords pada bulan Disember 2009, dan baru pertama kali cuba memprantikannya pada bulan Ogos 2010..

Biasalah orang bekerja kerajaan seperti saya, biasanya hanya sekadar ingin mencuba-cuba. Baru nak belajar memahami selok belok peluang perniagaan di internet.. Tapi bagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan sepenuh masa, mereka mempunyai banyak cara untuk menjana pendapatan melalui internet dan salah satu daripadanya adalah melalui Adwords.

Betul ke boleh buat duit dengan Adwords?

Nak tahu lebih lanjut boleh klik Di Sini

Sebanarnya saya juga pernah berjaya menjana pendapatan dengan Adwords pada bulan Ogos 2010. Itulah kali pertama saya cuba meraih pendapatan dengan Adwords.. Lepas tu saya cuba mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan di internet..

Bukan nak kata pengiklanan melalui Adwords tersebut tidak berhasil.. Tapi biasalah "orang degil" macam saya ni, sentiasa mencuba dan terus mencuba untuk mengkaji pelbagai strategi dalam pemasaran internet.. Walaupun saya dah jumpa cara mudah untuk menjana pendapatan internet, tapi tak salah kalau saya hendak mencuba dan terus mencuba pelbagai cara lain lagi.. ;)

Manalah tahu, nanti saya terjumpa satu strategi/teknik baru yang IM lain belum pernah buat.. Boleh saya tulis ebook tentang teknik baru tersebut ;).. (Angan-angan mat Jenin)..

Apa produk yang saya pernah pasarkan dengan menggunakan Adwords?

Produk yang saya pernah pasarkan dengan Adwords adalah 2 buah ebook.. Iaitu

  1. Panduan Pelaburan Saham
  2. Panduan Dekorasi Rumah..
Nak tahu lebih lanjut tentang 2 buah ebook ini, anda boleh klik pada banner di bawah:




Pada ketika itu, saya mengeluarkan modal RM40 untuk kos pengiklanan dengan Adwords.. Hasilnya tidaklah terlalu memberangsankan.. Tapi jadilah dapat balik modal.. Saya berjaya mendapat dua jualan pada bulan Ogos melalui pemasaran di Adwords..

Pendapatan yang saya perolehi melalui Adwords pada 4 Ogos dan 1 September 2010

Komisyen yang saya berjaya perolehi hasil jualan 2 ebook tersebut adalah RM32.00 dan RM26.80.. Jumlahnya RM58.80.. Kiranya saya hanya berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM18.80 dengan kos pengiklanan sebanyak RM40.00

Memang saya akui, nilai tersebut terlalu sedikit berbanding keuntungan yang diperolehi oleh ramai usahawan internet.. Tapi saya rasa seronok dengan apa yang saya perolehi pada ketika itu disebabkan hanya melakukannya secara "try and error"..

Tiada kepakaran untuk memilih kata kunci terbaik yang benar-benar berkesan untuk tujuan memasarkan ebook tersebut..

Anda juga boleh mencuba memasarkan perniagaan anda melalui Adwords.. Saya percaya anda juga akan berjaya memperolehi jualan walaupun jualannya mungkin tidak sehebat otai-otai internet yang lain.. Tapi kalau anda benar-benar berminat untuk menjana pendapatan dengan Adwords..

Saya syorkan anda berguru dengan usahawan internet yang pakar.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web beliau dengan klik di sini


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..