Ebook Percuma


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung dan pengikut blog ini.. Anda begitu berharga buat diri saya.. tanpa anda siapalah saya.. Tanpa pembaca siapalah penulis.. Tanpa pengunjung tiada maknanya saya menjadi seorang blogger..



Peranan seorang blogger pada hari ini adalah berkongsi informasi dengan para pengunjung blog mereka... Jadi selain menulis entri kita juga boleh berkongsi maklumat melalui gambar, video, ebook dan sebagainya.. 

Saya masih ingat lagi pesan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam salah satu ceramahnya berjudul Petua/Tips menghilangkan perasaan Bosan Di Tempat Kerja..

Beliau menyarankan supaya kita menghadiahkan sesuatu kepada diri kita sekiranya kita berpuas hati dengan kerja yang kita lakukan.. Antara hadiah yang boleh diberikan kepada diri sendiri adalah buku, ebook, Pen, Pakaian, minyak wangi, Peralatan sukan dan sebagainya..

Sebenarnya saya suka menghadiahkan buku dan ebook kepada diri saya sendiri atas setiap kejayaan yang saya kecapi.. Tapi masalahnya dah banyak "hadiah" buku yang saya ada.. Dan ada diantaranya tak sempat pun saya nak baca..


Jadi disebabkan itu, saya berhasrat untuk menghadiahkan 7 buah ebook kepada pengunjung blog saya sebagai satu perkongsian ilmu untuk menggalakkan orang ramai supaya minat membaca..

Dua daripada ebook  tersebut merupakan hasil penulisan saya.. Pada awalnya saya ingin menjadikan ebook ini sebagai bonus dalam penjualan ebook saya suatu hari nanti.. Tapi di atas kekangan masa, saya sendiri pun tak pasti bila masa yang sesuai untuk saya menjual ebook sendiri yang dapat memuaskan hati pembaca saya..

Jadi daripada ilmu yang saya tulis disimpan begitu lama tanpa dibaca, lebih baik saya hadiahkan kepada pengunjung-pengunjung blog saya.. Anda boleh memuat turun ebook saya dan juga ebook usahawan internet yang lain dengan klik pada mana-mana gambar atau tulisan yang terdapat di bawah:-


(Terhad untuk 200 orang yang terawal sahaja)



(Terhad untuk 200 orang yang terawal sahaja)












Nota : Sekiranya anda mendapat manfaat dengan membaca ebook-ebook yang saya hadiahkan diharap sudi follow blog saya dan tinggalkan komen yang membina. Komen anda amat diperlukan untuk memberi semangat kepada saya untuk terus menulis pada masa akan datang. Melalui komen anda juga secara tidak langsung akan dapat merangsang orang ramai untuk turut membaca.. 



Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..